[ad_1]
Pelakon Rita Rudaini menafikan dakwaan mengatakan dirinya menghalang anak-anak bertemu dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
‘Saya tak nak dia derhaka’
Ketika ditemui , Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini binti Mokhtar berkata, dia sama sekali tidak ada sebarang masalah sekiranya anak-anaknya mahu bertemu dengan bapa kandung mereka.
Saya tak nak dia (anak) derhaka. Kalau dia kata nak jumpa, okay tak ada masalah. Kalau sebelah sana nak jumpa, tapi anak tak nak, saya tak akan bagi.
Saya yang besarkan anak-anak, susah tau nak jaga anak lelaki. Mereka berkhatan, akil baligh saya yang uruskan.
Bercerita dengan lebih lanjut, pelakon berusia 48 tahun itu berkata ada satu situasi di mana dia pernah bertanya kepada anaknya bagaimana jika bapa kandung mereka mahu bertemu tetapi anak sulungnya itu hanya menggelengkan kepala.
Ada satu situasi di mana saya tengah tengok telefon tentang satu isu viral dan ketika itu saya terdiam. Ketika itu, anak sulung ada di hadapan saya, mungkin dia perasan. Lepas tu dia tanya, kenapa mummy sedih? Saya terkejut dan beritahu sedih sebab baca komen. Kemudian dia cakap, tak apa mummy jangan baca.
Saya kemudian tanya dia kalau lah suatu hari benda yang tular itu terjadi (daddy nak jumpa), nak tak? Lepas tu dia geleng kepala. Dia cakap tak nak, kenapa nak jumpa. Bila dia menjawab sambil makan, maknanya bagi saya dia tak nak layan benda tu. Anak-anak pun tak pernah tanya pasal daddy dia.
Bercerita mengenai perkembangan kariernya, Rita berkata dia menolak tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan kerana mahu meluangkan masa bersama anak-anak di rumah.
Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun, bercerai talak satu pada September 2013. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
[ad_2]