‘Saya Tidak Merindui Makanan Babi Selepas Kembali Pada Fitrah Setelah 16 Tahun’ – Adam Corrie

Shopee CNY Sale



Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa kesalnya di Instagram (IG) terhadap segelintir pihak yang membuat tuduhan mengatakan dirinya memakan daging babi.

‘Tak rindu rasa benda haram’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Menerusi hantaran di IG, Adam ternyata pelik dengan segelintir netizen yang membuat tuduhan tersebut selepas dirinya memuat naik video makan mi wantan ayam bbq baru-baru ini.

Menurut Adam, dia sudah tidak berasa rindu untuk menelan makanan haram selepas hampir 16 tahun memeluk agama Islam.

Ada komen-komen yang saya baca, kata saya rindu nak makan babi. Sebab itu saya sanggup makan mi wantan ayam bbq merah serupa babi dan ada juga yang kata saya memang makan babi dan bukannya ayam bbq.

Sebagai seorang muslim yang telah kembali fitrah selama 16 tahun, tak rasa rindu pun nak makan perkara yang haram.

Saya tak pasti niat mereka berkata begitu, sama ada nak membuat provokasi atau sebaliknya.

Tambah pelakon filem ‘KL Gangster’ itu lagi, dia juga bukanlah seorang penggemar daging babi sebelum dirinya mengucap kalimah syahadah dan menegaskan ramai sahaja mereka yang bukan Islam tidak gemar memakan daging tersebut.

Sebelum saya syahadah, saya bukanlah pengemar makan daging babi dan ramai ja mereka yang bukan Islam  memang tak makan daging tersebut.

Mereka pon ada alasan sendiri kenapa tak makan, sama ada mereka vegan dan sebagainya.

Selepas syahadah, saya faham tentang halal haram. Yang haramnya sikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah SWT bagi banyak, carilah yang halal.

Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah.

Setiap orang ada kisahnya tersendiri dan setiap pengalaman mengajar kita menjadi insan yang lebih baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pihak yang dilihat meninggalkan komen sedemikian terhadap Adam.

MENARIK:  Kaka Azraff Yakin Dapat Berjaya Menyusuri Kerjaya Nyanyian Secara Individu, Percaya Rezeki Akan Tetap Mengalir

Dalam pada itu, mereka juga memuji Adam yang menjaga aib pihak-pihak tersebut kerana tidak memuat naik profil atau pun komen yang ditinggalkan mereka kepadanya.

Komen netizen

Posting IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale