Saya Tidak Pernah Membayangkan Untuk Mempunyai Hubungan Dengan Isteri Orang – Muaz Zabir

Shopee CNY Sale



Pelakon dan pengacara Muaz Zabir mengakui kekhilafannya berhubung isu viral yang membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah, baru-baru ini.

Beri tekanan kepada saya

Menerusi temu bual bersama Melodi, Muaz berkata, cerita tersebut memberi tekanan kepadanya dan juga Bella sendiri.

Hal ini sebenarnya sudah selesai pada tahun lepas. Kami telah mendapat kata sepakat daripada keluarga Bella dan Aliff Aziz untuk ‘move on’ daripada apa yang terjadi ini. Pada awalnya, Muaz menjadi pendengar keluhan Bella Astillah. Saya diberitahu bahawa Bella ingin membuat Aliff cemburu.

Sebagai rakan, saya ingin membantu Bella. Saya tidak berniat nak rosakkan rumah tangga orang. Ini salah saya. Keluarga Bella tak salah dan mereka tidak tahu. Lebih baik, saya berdiam diri. Saya tak berniat nak masuk campur. Saya kasihan dengan Bella mengenai apa yang terjadi.

Cerita ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga kepada Bella sendiri. Saya tidak dapat menghalang persepsi masyarakat, itu adalah hak mereka atas kekhilafan saya. Saya belajar dari kesilapan dan tak akan lari. Saya mohon maaf kepada keluarga saya dan Bella. Doakan saya menjadi lebih baik.

Terdahulu, Bella menjelaskan hubungan yang terjalin di antara mereka hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.

MENARIK:  [VIDEO] Yoodo Memohon Maaf Melalui Video Berkenaan Dengan Penggunaan Data Tak Terhad Mereka!

Walau bagaimanapun, Bella mendedahkan kejadian tersebut diketahui oleh kedua belah keluarga dan sudah diselesaikan dengan cara baik bersama Aliff.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale