Home Trending ‘Sebenarnya Saya Bukan Sombong, Tetapi Saya Seorang Introvert’ – Saixse

‘Sebenarnya Saya Bukan Sombong, Tetapi Saya Seorang Introvert’ – Saixse

0
‘Sebenarnya Saya Bukan Sombong, Tetapi Saya Seorang Introvert’ – Saixse

[ad_1]



Penyanyi, Saixse menepis dakwaan di mana dia seorang yang sombong dan sukar untuk didekati peminat sejak karyanya menjadi trending.

Saya bukan sombong

Menerusi temu bual bersama OhBulan di KL East Mall beberapa minggu lalu, Saixse menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ‘introvert’. Tambah Saixse, dia mempunyai perasaan gemuruh setiap kali berdepan ramai orang.

Tidak dinafikan kadang-kadang saya ada rasa gemuruh apabila dikerumuni atau didekati orang ramai. Adakala, ‘stage fright’ apabila buat persembahan.

Saya bukan sombong, tapi ‘introvert’ sebenarnya. Mungkin saya tidak biasa dengan perhatian yang diraih sekarang. Tetapi, saya tetap bersyukur apabila karya saya diterima ramai.

Pelantun suara ‘Malam Pagi’ ini juga tidak menafikan populariti yang diraih sekarang ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif dalam hidupnya.

Apabila jadi seseorang yang mempunyai pengaruh dan pengikut, kita boleh bantu orang. Sangat dekat dengan hati saya apabila ada yang mungkin berkongsi cerita. Semakin lama, kematangan saya bertambah dan cara berfikir berbeza.

Disoal mengenai karya yang seterusnya, Saixse memberitahu dia bakal menghasilkan lebih banyak lagu selepas ini.

Saya akan ada dua atau mungkin berpuluh-puluh lagu hit. Saya serius dalam dunia seni ini. Apa yang saya miliki sekarang adalah perkara yang saya impikan sejak dahulu lagi. Apabila kita yakin dengan apa yang dimahukan, usaha itu akan dilipat ganda. Apa juga kontroversi atau kata-kata kecaman, saya akan atasi. Sampai bila kita mahu dengar orang kutuk dan kecam kita.

The following two tabs change content below.

[ad_2]