Serangan di Stesen KTM Serdang: Wanita Disamun dan Dirogol di Jejantas

Shopee CNY Sale



Dua lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kes jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Serdang.

Wanita dirogol di jejantas

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan, suspek pertama disyaki menyamun seorang wanita di jejantas KTM Serdang pada 30 Disember lalu manakala suspek kedua, disyaki melakukan jenayah samun dan merogol seorang wanita di lokasi yang sama pada 14 Januari lepas.

Difahamkan, jenayah rogol itu berlaku semasa mangsa yang berusia 29 tahun dan merupakan jurujual pusat beli-belah dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mangsa mendakwa dihampiri lelaki tidak dikenali di atas jejantas berkenaan sebelum dirogol dan telefon bimbitnya disamun selain turut diacukan pisau.

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek akan meminta mangsa membuang kad sim dan mengarahkan mangsa untuk set semula (reset) telefon bimbit berkenaan.

MENARIK:  'Perlu Diberi Penekanan kepada Penjagaan Wajah oleh Lelaki Zaman Sekarang, Bukan Hanya Wanita' - Norhaslina Asma

Suspek direman tujuh hari bermula bagi membantu siasatan mengikut 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) )c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa samun kepada suspek ini untuk membuat laporan polis.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale