Shakilla Khoriri Menolak Berkongsi Nombor Fizi Ali dan Menegaskan Hubungannya dengan Bapa Ameena

Shopee CNY Sale



Pelakon Shakilla Khoriri menafikan dakwaan yang mengatakan dia menghalang anaknya, Ameena Sofia daripada berjumpa dengan bekas suami yang juga penyampai radio HotFM iaitu Fizi Ali.

Tanya dia sendiri

shakilla

Ketika ditemui Shakilla berkata dia tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan bekas suami terhadap anak tunggal mereka itu.

Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang.

Sebagai seorang bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan missing in action (hilang begitu sahaja) Jangan ghaib.

Shakilla berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi kes tuntutan hadanah ke atas anaknya, Ameena Sofia, pada Isnin.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan dia menyekat nombor telefon Fizi, aktres berusia 35 tahun itu menjawab dia mempunyai alasan kukuh berbuat demikian.

Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ sebab ada campur tangan isteri dia.

Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan sudah serahkan kepada peguam saya.

Sebab ‘block’ sebab saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya.

Tiada hubungi banyak kali

fizi ameena mimpi

Dalam pada itu, Shakilla juga menafikan dakwaan Fizi yang mengatakan dia menghubunginya banyak kali selepas insiden tidak dapat berjumpa anak.

Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, tidak semua itu. Demi Allah saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya dah serahkan kepada peguam saya.

Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial.

MENARIK:  [VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Sumbangkan RM200,000 Untuk Kempen Sinar Ramadan, Serta Berikan 10 Pakej Umrah Bernilai RM241,600
" data-video-id="7326784864311610631">
@official Tersebak Fizi Ali merindui akan anaknya, Ameena Sofia ??# #fyp #news #fiziali ? Very Sad – Enchan

Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.

Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.

Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.

Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale