[ad_1]
Pelakon Shakillah Khoriri meluahkan rasa kurang senangnya selepas melihat tindakan anak perempuan kepada isteri baharu bekas suaminya, Fizi Ali menekup mulut anaknya, Ameena Sofia ketika sesi bergambar.
Belum dapat jawapan
Menurut Shakilla, dia telah bertanyakan tentang perkara tersebut kepada Fizi namun masih belum mempunyai sebarang jawapan.
ni adalah benda-benda yang saya tak suka tengok. Sekeping foto yang dimuat naik memperlihatkan anak perempuan isteri Fizi menekup mulut anak saya, Sebagai seorang ibu, saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas.
Terdahulu,Shakilla akui terkejut apabila mendapat tahu bekas suaminya itu menamatkan zaman dudanya semalam bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.
Jelas Shakilla, Fizi ada datang berjumpa dengannya sehari sebelum dia bernikah dengan alasan untuk mengambil anak mereka, Ameena dan bawa ke taman tema air.
Bagaimanapun, Shakilla tidak menyangka apabila aktiviti taman tema air bertukar menjadi majlis akad nikah.
[ad_2]