Sharnaaz Ahmad Bangga dengan Minat Jebat Jayden dan Sokong Kepentingan Melihat Kebaikan dan Keburukan

Shopee CNY Sale



Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa bangga terhadap anak lelakinya, Jebat Jayden yang menyertai konsert di sekolahnya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Punya Happy Tu Cairkan Hati Yang Duka, Kadang-Kadang Tak Perlu Benda Mahal’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel berkaitan: ‘Perempuan Lain Kau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Kau Tak Boleh Marah’ – Sharnaaz Ahmad

Penyokong nombor satu

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz berkata, dia menyokong apa sahaja yang mahu dilakukan oleh Jebat apabila dia sudah dewasa kelak.

Momen membanggakan buat juara kecil kami.

Baba sayang cek (Jebat) tau. Besar nanti jadi lah apa pun janji cek tau mana baik mana buruk.

Apa pun baba and mummy tetap penyokong nombor satu Jebat Jayden Ahmad.

Turut dilihat hadir ke konsert Jebat memberi sokongan ialah Noor Nabila, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan Datuk Abdul Halim Khan.

MENARIK:  Mengapa Wanita Perlu Memiliki Kulit 'Glass Skin' Semasa Ramadan: Kelebihan Kulit Sihat dan Bercahaya

Semasa konsert tersebut, Jebat membuat persembahan menari dan bermain alat muzik bersama rakan-rakannya yang lain.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale