Shila Amzah Berkongsi Pendapat Mengenai Isu Perceraian – ‘Hakam Adalah Penyelesaian Terbaik’

Shopee CNY Sale



shila

Kontroversi rumah tangga pasangan pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz mendapat perhatian ramai sejak aktor tersebut ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies pada Mac lalu.

Pandangan Shila

shila

Menerusi ciapan di platform X, Shila atau nama lengkapnya Nur Shahila Amir Amzah mencadangkan agar kaedah cerai secara hakam digunakan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun hantaran tersebut dipercayai merupakan respon Shila terhadap kemelut rumah tangga yang melanda antara Bella dan Aliff.

Settle je dengan hakam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu tersebut turut berdoa untuk individu yang bergelar suami atau isteri agar konflik rumah tangga mereka dapat diselesaikan.

Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri atau suami yang teraniaya, yang telah didera emosi, fizikal dan kewangan.

Semalam, Aliff yang hadir di mahkamah menyatakan bahawa dia enggan melafazkan cerai terhadap Bella kerana masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga mereka demi anak-anak.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

MENARIK:  Man Raja Lawak Berjaya Turun 28KG dan Memperlihatkan Penampilan Sado Selepas Mendapat Kritikan, Namun Nafi Bahawa Beliau Telah Menjalani Pembedahan

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Pasangan tersebut pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019 namun kembali rujuk semula dalam tempoh edah.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale