Home Trending Shila Amzah dan Ubai Mengalami Gangguan Makhluk Halus, Pintu ‘Homestay’ Digegarkan dan Dicakar – Perlu Rajin Bersihkan Bilik

Shila Amzah dan Ubai Mengalami Gangguan Makhluk Halus, Pintu ‘Homestay’ Digegarkan dan Dicakar – Perlu Rajin Bersihkan Bilik

0
Shila Amzah dan Ubai Mengalami Gangguan Makhluk Halus, Pintu ‘Homestay’ Digegarkan dan Dicakar – Perlu Rajin Bersihkan Bilik

[ad_1]



Baru-baru ini, penyanyi jelita, Shila Amzah berkongsi pengalamannya diganggu makhluk halus ketika bercuti di Pulau Langkawi bersama suami, Ubai dan juga anaknya, Seth.

‘Gegar- gegar pintu’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah mendedahkan dia pergi ke Pulau Langkawi bagi menemani Ubai yang menyertai pertandingan bola sepak selain dia juga turut bekerja.

Walau bagaimanapun, percutiannya itu bertukar menjadi mimpi buruk buat Shila dan Ubai apabila mereka diganggu makhluk halus di tempat penginapan mereka.

Mereka bukan sahaja mendengar bunyi bising, malah benda halus tersebut turut mencakar serta menggegarkan pintu homestay mereka.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, suaminya pergi menjenguk ke luar, namun tiada sesiapa yang berada di situ.

Sambil cuti, sambil papa main bola, sambil mama kerja. Seth sangat seronok sepanjang percutian pada kali ini! Makan dekat Langkawi sedap semua tiptop, harga pun okay untuk makan ramai-ramai.

Yang tak seronoknya untuk mama dan papa ialah homestay kami dekat Langkawi itu ada hantu, boleh pulak dia main cakar-cakar pintu, gegar-gegar pintu.

Selepas itu, Ubai pun pergi jengah dekat tingkap nak tengok siapa kacau, sebab percutian Langkawi ini ramai-ramai kan, satu pasukan bola ada..sekali itu pintu masih bergegar tapi orangnya tiada?

Selepas itu, Ubai dengan muka seposen dia cakap dengan Sha “oh kucing je sayang, tidur la” hahahhaa.

Menurut Shila, Ubai tidak menceritakan perkara sebenar pada malam kejadian dan hanya memaklumkan keesekon harinya sewaktu mereka dalam perjalanan ke Perlis.

Dalam pada itu, Shila turut memberi nasihat kepada pemilik ‘homestay’ di luar sana agar sentiasa membersihkan bilik serta kawasan rumah tersebut.

Esoknya kami nak ke Perlis baru dia bagitahu kejadian sebenar.

Nasihat Sha kepada orang-orang yang buat homestay ini kena rajin bersihkan bilik dan bersihkan selalu. Kita pula mengandung dan ada yang bawak bayi kecil jadi benda macam ini kena ambil kira.

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah dan suami Ubai MZ memaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

The following two tabs change content below.

[ad_2]