Shila Amzah Mengungkapkan Bahawa Dia Tidak Dapat Tidur Lenalena Kerana Serangan ‘Kecemasan’

Shopee CNY Sale



Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan dia tidak dapat tidur yang lena selama beberapa hari disebabkan mengalami serangan ‘anxiety’.

‘Tidak mahu trauma’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memberitahu bahawa serangan ‘anxiety’ ketika mengandung bukanlah perkara yang main-main.

Menurut Shila, dia ingin meninggalkan segala toksik dan tidak mahu trauma lama menghantui dirinya lagi.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia hanya mahu menjadi seorang ibu dan isteri yang sihat buat keluarganya.

Kerisauan ketika mengandung bukan satu benda main main . Saya tidak dapat tidur yang lena selama 4 hari .

Tinggalkan semua toksik di belakang, tidak mahu lagi trauma yang lalu menghantui diri . Saya ingin menjadi ibu dan isteri yang sihat.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Shila sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

MENARIK:  Raja Azrey Teruja Dengan Pengalaman Kerja Belakang Tabir, Terkejut Dengan Populariti Iklan Raya ‘Egois’ yang Diterbitkannya

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah dan suami Ubai MZ memaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale