Pelakon dan pelawak Shuk Sahar mendedahkan punca dia diberhentikan daripada sebuah stesen radio swasta sebelum ini.
Nak balik raya
Menerusi temu bual podcast, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia pernah ditugaskan menjadi penyampai radio pada hujung minggu di sebuah stesen radio popular.
Menurut Shuk, pada hari raya pertama dia telah ditugaskan untuk bekerja. Namun, memandangkan perlu pulang ke kampung, dia ‘berani mati’ merakam segmen yang dikendali meskipun tidak dibenarkan.
Masa tu hari raya dan aku kena kerja. Apa yang aku buat, aku datang malam raya tu. Sebab aku nak balik Pulau Pinang, kampung dekat sana. Jadi aku datang dan rekod siap-siap, sepatutnya show tu tak boleh rekod.
Aku suruh kawan-kawan aku menyamar jadi pemanggil.
Bagaimanapun, kejadian tak diduga berlaku apabila secara tiba-tiba dia dihubungi majikannya lalu menyebabkan tindakannya itu terbongkar.
Pukul 6.30 pagi dah nak sampai Pulau Pinang, bos radio call aku suruh ubah lagu sebab lagu tu dah nak padam. Aku terdiam, mula-mula dia telefon tu aku siap pasang radio bagi dengar macam suasana dekat konti.
Berang dengan tindakan Shuk, majikannya kemudian mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
Masa dia cakap padam tu muka aku dah pucat. Aku cakap, ‘bos saya dah nak sampai ni’. Dia maki aku.
Minggu depan kau datang kau ambil surat resign.
Hari raya pertama aku tak ada job.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati dengan pengakuan Shuk tersebut namun mereka kurang bersetuju dengan tindakan berkenaan yang disifatkan tidak berdisiplin.
Kenapa Tyzo dibuang Suria FM dan kisah Shuk dibuang Era FM DENGAR FULL PODCAST DI SPOTIFY ?? OKLETSGO #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #suriafm #erafm #radio #podcast
? original sound – OKLETSGO – OKLETSGO