[ad_1]
Ramadan berakhir, Syawal pula disambut. Korang masih ingat siapa yang masakkan untuk korang sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba? Air tangan mereka yang ikhlas, sesuatu yang sangat istimewa!
Lebih-lebih lagi kalau masak bubur lambuk pada bulan Ramadan. Orang ramai biasanya akan bantu-membantu untuk masak bubur lambuk ni di surau atau masjid. Lepas tu bubur lambuk ni akan diagihkan kepada orang ramai sebagai hidangan berbuka puasa.
Sebab tu la ramai yang nak bantu masak bubur lambuk ni. Boleh jadikan sebagai amal jariah di bulan Ramadan yang penuh berkat. Tukang masak pun tak terkecuali.
Ramai tukang masak bantu memasak bubur lambuk untuk orang ramai
Nak tahu apa perkara menarik yang terjadi pada tahun ni? Bila dengar ni, kami macam terkesima tau.
Ramai tukang masak yang tawarkan diri untuk bantu memasak bubur lambuk MAGGI® yang enak. Mereka nak jadikan pengalaman beramal tu sebagai momen indah di bulan Ramadan.
Tukang masak ini sudi luangkan masa untuk gunakan skill memasak dalam penyediaan bubur lambuk. Seperti superhero bulan Ramadan, usaha mereka patut dihargai. Korang pun boleh jadi macam mereka tau!
Hargai tukang masak korang sempena Ramadan & Raya
Para tukang masak dah sediakan hidangan berkhasiat pada bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan sepenuh hati. Sempena “Dikaulah Jiwa Ramadan dan Raya”, MAGGI® keluarkan 3 video yang penuh inspirasi, istimewa untuk mereka!
Kalau korang tengok apa yang dikongsikan oleh tukang masak ni, kami yakin korang akan tertarik untuk beramal. Pengalaman yang cukup bermakna di bulan Ramadan.
Tukang masak ini kongsi kisah mereka yang berharga
-
Encik Abd Ghani
Encik Abd Ghani, berusia 68 tahun, ialah Ketua Tukang Masak yang setia di PPR Desa Rejang selama 25 tahun. Beliau terkenal dengan kepakaran dan minatnya dalam menyediakan hidangan untuk komuniti tempatan.
Saya sangat gembira melihat penduduk menikmati hidangan yang saya sediakan, terutamanya golongan-golongan asnaf yang memerlukan. Terima kasih kepada MAGGI® atas sokongan mereka, yang membolehkan saya terus memasak bubur lambuk dan berbakti kepada komuniti pada bulan Ramadan.
-Encik Abd Ghani-
-
Puan Marsitah binti Daud
Marsitah binti Daud, berusia 48 tahun, merupakan chef dan pemilik perniagaan Masrith Empire yang mula memasak pada tahun 2019. Beliau sering menyediakan hidangan berkhasiat buat pekerja-pekerja di Jabatan Perhutanan Negeri Johor, tempat suaminya bekerja.
Sebagai tukang masak, tidak dapat saya gambarkan kepuasan melihat pekerja-pekerja bahagian perhutanan menikmati yang berkhasiat, saya juga dapat menyalurkan kasih sayang dengan sentuhan istimewa daripada seorang ibu.
-Marsitah binti Daud-
-
Puan Rozekna
Puan Rozekna, Ketua Tukang Masak di PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani, Kedah, berusia 57 tahun dan telah memulakan perjalanan memasak untuk komuniti sejak tahun 2004. Beliau aktif dalam menyediakan hidangan untuk majlis dan kenduri di kawasan PPR, selain juga menjadi Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Cawangan PPR Paya Nahu 2.
Saya mula memasak untuk komuniti sejak tahun 2004 untuk membantu mereka yang memerlukan. Di PPR ini, terdapat ramai ibu tunggal, asnaf, dan persatuan yang bergerak aktif. Kerjasama dan semangat daripada kesemua 22 blok di sini dan juga pihak MAGGI®, memberikan saya semangat untuk terus berbakti melalui hidangan yang saya sediakan.
-Puan Rozekna-
Perkongsian yang sangat menyentuh jiwa. Korang boleh ambil inspirasi daripada tukang masak ni untuk beramal sepanjang bulan yang mulia ni okay?
Hargai tukang masak yang ada, jom tonton video yang penuh inspirasi ni
Sempena Ramadan dan Syawal yang penuh bermakna, mari la sama-sama kita tonton video dengan kisah tukang masak yang menyentuh jiwa ni. Jom!
Dah tonton video tu? Semestinya korang akan menghormati dan menghargai wira yang tak didendang ni. Di sebalik setiap hidangan, adanya kisah yang menyentuh jiwa.
Haa.. Cuba la jenguk kat dapur tu. Siapa yang masakkan hidangan untuk korang untuk Raya tahun ni? Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka ya.
Waktu Raya nanti mesti korang akan pergi ziarah-menziarahi kan? Semestinya tuan rumah akan masakkan hidangan raya yang enak untuk korang. Tak salah untuk ucapkan terima kasih atas penat lelah mereka.
Dalam hidup ni, bukan setakat tukang masak komuniti, tapi kita juga harus hargai mereka yang telah bertungkus lumus memasak di rumah. Tak kisah la suami, isteri, ayah, ibu, sesiapa pun kita patut hargai ya.
[ad_2]