Penampilan bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal yang mengenakan hijab pada 1 Syawal telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Peminat tetap sokong Syasya
Terbaharu, tular sepotong video memperlihatkan Syasya bersama beberapa individu dipercayai saudara-maranya melakukan trend menari menggunakan lagu viral berjudul ‘Benci Ku Sangka Sayang’.
Pada video berkenaan, pemilik nama lengkap Norsyasya Afiqah Shahrizal yang mengenakan baju berona putih dan bercorak bunga-bungaan dilihat seronok dan gembira melakukan trend tersebut.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji penampilan penyanyi itu yang kelihatan begitu ayu dan manis apabila bertudung serta berbaju menutup aurat.
Malah, ada juga peminat yang membuat andaian mengatakan tindakan Syasya menarik diri dari kumpulan Dolla disebabkan mahu berubah ke arah lebih baik.
Menurut peminat, sekiranya benar penyanyi itu mahu memperbaiki diri, mereka tidak akan berhenti memberikan sokongan kepadanya.
Kalau Syasya keluar Dolla sebab nak berubah, saya akan sentiasa sokong dia. Saya juga gembira.
Syasya kalau nak berubah, iDolla (kelab peminat) lagi gembira tau. Tapi jangan menghilangkan diri tau.
Tak kira apa pun, kita semua tetap sokong Syasya.
Terdahulu, dunia seni digemparkan dengan berita pengunduran Syasya dari ‘girl band’ terkenal iaitu Dolla.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Universal Music Malaysia, tindakan Syasya mengundur diri atas alasan peribadi.
Video
View this post on Instagram