[ad_1]
Belum reda isu penyanyi, As’ad Motawh mengeluarkan kenyataan berkaitan pembaziran masa jika ke sekolah, timbul pula seorang ‘influencer’ atau pempengaruh media sosial yang bersuara perkara sama.
Ilmu Allah penting
Menerusi rakaman potongan video yang tular di aplikasi X, lelaki itu berkata pergi ke sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM tidak mempunyai nilai.
Tekan individu terbabit, sepatutnya orang ramai mengutamakan dan mementingkan ilmu Allah.
Dalam pada itu, lelaki yang juga merupakan seorang suami mengakui kurang tahu tentang purata kitaran haid.
Bila aku lihat semula apa pengalaman aku di sekolah dahulu, takde value langsung, sekolah SPM ni semua kosong.
Tapi kalau kita betul-betul fikir kan, the real value adalah Ilmu Allah. Kau bayang aku dah kahwin.
Contoh bini aku alami pendarahan (bleeding), haid itu standard. Kadang-kadang dia exceed hari, ini darah apa? Kalau macam ini apa kena buat?
Dah boleh solat ke belum? Bapak malu, kau suami tapi tak boleh jawab soalan itu.
Itu belum pasal anak lagi. Kencing dia suci tak? Memang dulu kita belajar basic tapi bila comes to practice yang ilmu perlu digunakan, kau akan buntu. Malu gila.
[ad_2]