Suami Amyza Aznan Terpaksa Menjalani Dialisis Seumur Hidup Kerana Tidak Jadi Ditidurkan

Shopee CNY Sale



Baru-baru ini, pelakon Amyza Aznan, memaklumlan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, terpaksa ditidurkan buat kali kedua selepas tahap kesihatannya dilaporkan semakin kritikal. Menurut Amyza, suaminya kini ditempatkan di Hospital Ampang.

Tak jadi ditidurkan

Terbaru, memetik laporan Harian Metro, Amyza berkata, suaminya tidak jadi ditidurkan. Namun begitu, keadaan suaminya itu agak kurang baik.

Tambah Amyza, Khairil terpaksa menjalani dialisis seumur hidup kerana mengalami kerosakan buah pinggang.

Pada mulanya doktor memang bercadang hendak tidurkan suami buat kali kedua semalam, tetapi tidak jadi.

Bagaimanapun, suami perlu menjalani dialisis kerana buah pinggangnya sudah rosak sepenuhnya, selain toksin yang sudah memenuhi keseluruhan badan.

Jelasnya lagi, suaminya kini berada dalam pemantauan doktor berikutan keadaannya yang turun naik.

Sekarang, suami sedar, tapi lemah. Semalam keadaannya agak merisaukan.

MENARIK:  Siti Nurhaliza Mencipta Fenomena Lagi dengan Tiket Konsert di Singapura 'Sold Out' dalam Waktu Kurang dari 2 Jam

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale