[ad_1]
Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan polis di Indonesia selepas didakwa mencabul 7 orang cucunya yang masih dibawah umur.
Datuk cabul cucu
Memetik laporan Jaber Tribunnews, perbuatan jijik itu dilakukan suspek ketika ketiadaan isterinya di rumah iaitu ketika wanita itu keluar menguruskan warung makanan mereka. Difahamkan juga, suspek menggunakan modus operandi dengan cara menawarkan syiling percuma kepada mangsa untuk digunakan dalam mesin permainan. Mereka yang memiliki syiling itu berjaya mendapatkan patung dari mesin permainan tersebut.
Menurut sumber, suspek bertindak mencium, meraba-raba mangsa dan lebih parah apabila lelaki itu tergamak memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa. Ketika disoal siasat, suspek mengaku bahawa dia mudah terangsang setiap kali melihat kanak-kanak. Perbuatan keji itu dipercayai dilakukan suspek sejak Disember 2023.
Difahamkan juga, suspek merupakan individu yang sering menunaikan solat di masjid, mengaji malah sering menjadi imam.
[ad_2]