Suami Nadya Syahera Bankrap, Namun Isteri Tetap Sabar & Tabah – Hutang Berjuta-juta Ringgit

Shopee CNY Sale



Suami kepada pelakon Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi tampil memberitahu bahawa dirinya pernah diisytihar bankrap, dua tahun yang lalu.

Hutang ratusan ribu ringgit

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fizul berkata, dia mempunyai hutang mencecah ratusan ribu ringgit pada masa itu.

Berikutan daripada itu, dia terpaksa menjual segala aset yang ada untuk membayar hutang. Sebagai seorang suami dan bapa, Fizul bersyukur kerana isterinya masih bersabar dan bertahan sehingga ke hari ini.

Hinggalah anak dah besar terpaksa buat keputusan untuk balik ke kampung. Kutip balik motosikal Ex5 yang ada. Satu-satunya kenderaan yang saya ada. Syukur boleh bawa hantar anak ke sekolah.

Sebelum saya diisytihar bankrap tuhan hantar jemputan untuk saya ke Tanah Suci. Balik ke Malaysia seminggu macam itu, semua akaun bank dan passport kena block.

Ujar Fizul lagi, dia mendapat bantuan daripada keluarga dan kawan-kawan ketika berada di fasa tersebut.

Bukan mereka tak tolong, tapi takdir Tuhan bagi saya merasa kesusahan. Alhamdulillah, dengan ujian ini saya merasa erti kehidupan dan kesabaran. Setelah cukup kekuatan dalam diri dan yakin pada rezeki Allah, saya nekad untuk bekerja balik.

Dalam proses nak buka kedai runcit dan kedai buah sayur ala-ala kedai Acheh. Semoga Allah permudahkan segalanya. Dapat saya menyara keluarga dan membayar hutang.

Berbicara mengenai kehidupan di kampung, Fizul memberitahu bahawa anak-anaknya berasa sangat selesa.

Alhamdulillah, anak-anak selesa sekolah dan tinggal di Kelantan. Kos yang rendah di sini boleh membuat otak tak stress berbanding di Kuala Lumpur. Saya harap anak dan isteri boleh sesuaikan diri kehidupan di kampung. Semoga Alla memberi peluang kali terakhir untuk saya. Cukup untuk membahagiakan anak-anak, isteri dan selesaikan hutang semua.

Di akhir perkongsian, Fizul mengakui dia berasa kasihan melihat isterinya. Tambah Fizul, dia tidak mampu membahagiakan Nadya malah memberi beban buat wanita itu.

Teringin juga nak tengok dia bahagia, Tapi saya tak ada apa-apa nak buat dia bahagia. Apa perlu saya buat. Terasa sangat down dan mental saya dah koyak.

MENARIK:  Kak KM: "Saya Tidak Ingin Naik Batu Walaupun Aku Mati Esok"

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale