[ad_1]
Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mempunyai sikap yang tidak senonoh dan menjijikan.
Netizen dakwa permulaan sihir
Gambar sekadar hiasan
Menerusi ciapan di platform X, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila suaminya bertindak meludah ke dalam air yang disediakan setiap kali selepas mereka bergaduh.
Saya dengan suami saya dah setahun kahwin dan sepanjang kahwin ni memang lah ada bergaduh tapi tak pernah tinggi suara. Perangai dia, dia akan buatkan minuman untuk kami berdua lepas bergaduh.
Rupanya selama ini dia ludah dalam air saya. Saya nampak semalam, dia kata ‘padan muka’ saya. Saya tak tahu macam mana nak respon. Saya faham ludah je pun tapi geli.
Dalam masa yang sama, dia juga mendakwa tindakan suaminya itu telah menjejaskan kesihatannya.
Saya tak tahulah kalau dia ada buat benda yang lagi teruk. Saya ada tanya dia tapi dia diam je. Patutlah kadang-kadang lepas bertengkar saya cirit-birit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan suami wanita berkenaan dan mendakwa ianya boleh menjadi sihir. Justeru itu, mereka menasihatinya agar lebih berhati-hati dengan tindak tanduk suami selepas ini.
Permulaan sihir nak bagi isteri sayang dan dengar kata suami.
Saya nak awak beringat, ini baru bergaduh biasa. Saya takut kalau bergaduh luar biasa jadi sihir. Selalu benda-benda kotor ni berkait dengan sihir.
Saya rasa suami awak tak normal, macam psiko. Jangan sampai tahap dia letak racun atau sihir sebab benda yang dia buat tu jijik gila. Tergamaknya dia nak balas dendam, awak tu isteri tau.
[ad_2]