Tajuk semula: ‘Rahsia Antara Saya & Dia Belum Selesai, Apa Yang Dia Tahu?’ – Bekas Kekasih Influencer ‘Tebuk Quran’

Shopee CNY Sale



Tiada angin tiada ribut, seorang wanita muncul dan mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada seorang influencer yang  namanya terpalit isu gangguan seksual.

Dia ‘block’ nombor saya

Menerusi rakaman video bersama Mstar, wanita yang dikenali sebagai Atyka ini mengakui bahawa dia pernah menjalin hubungan dengan lelaki tersebut. Tambah Atyka, dia tampil bersuara kerana mahu menyelesaikan isu yang berlaku antara mereka secara baik .

Menurut Atyka yang juga seorang pelakon, pempengaruh tersebut telah menyekat nombornya. Oleh sebab itu, dia berharap lelaki itu tampil bersua muka dengannya sambil menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Saya ada hubungi dia untuk berjumpa, sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan tapi saya di block. Saya tak memburukkan dan saya cuma cakap jangan nafikan, sebab ada hal lain antara saya dan dia yang masih belum selesai. Dia tahu apa hal itu.

Saya pun sudah berhenti muat naik sebarang posting di Instagram. Saya hanya nak dia berjumpa dengan saya sahaja.

Terdahulu, Atyka memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer tersebut sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan.

MENARIK:  Video Viral: Vida Geram Marissa Jadi Penyondol, Sanggup Bermadu Padahal Ramai Lelaki Kaya – ‘Aslam Bukan Ada Duit Rasanya’

Malah Atyka juga ada berkongsi paparan skrin mesej dihantar ibu lelaki berkenaan yang menyebut mengenai dirinya.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale