Nama pelakon, Fathia Latiff dengan secara tiba-tiba meletus selepas dia dilihat mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan terhadapan pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya.
Kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya membuatkan pelakon drama ‘Ariana Rose’ itu dikecam hebat wargamaya media sosial.
Punca netizen?
Menanggung la orang yang petik nama Zahirah kat live Fathia tu sebab dah trigger penyakit dia sampai ganggu the couple.
— FÈRD ???? (@dauspozi) January 11, 2024
Terbaharu, seorang individu yang dikenali sebagai @dauspozi tampil memberikan pendapatnya mengenai isu tersebut di aplikasi X.
Menerusi ciapan yang dibuat, Daus berpendapat Fathia pastinya tidak akan mula mengeluarkan kata-kata sedimikan sekiranya tidak ada yang ‘mencucuknya’ sewaktu sesi siaran langsung berkenaan.
Menurut Daus, pertanyaan yang seolah-olah memberikan provokasi itu telah membuatkan kesihatan mental yang dialami Fathia sebelum ini terganggu.
Menanggung lah orang yang petik nama Zahirah waktu sesi ‘live’ Fathia tu sebab dah trigger penyakit dia sampai ganggu rumah tangga Aiman.
Di ruangan komen, rata-rata netizen sependapat dengan Daus dengan menyatakan bahawa individu yang bertanyakan soalan berikut telah menjadi punca kepada kontroversi yang berlaku ketika ini.