Home Trending Tanya Netizen: Kisah Berjaya Rakyat Malaysia yang Berjaya Menolak Rokok!

Tanya Netizen: Kisah Berjaya Rakyat Malaysia yang Berjaya Menolak Rokok!

0
Tanya Netizen: Kisah Berjaya Rakyat Malaysia yang Berjaya Menolak Rokok!

[ad_1]



Bukan mudah untuk berhenti merokok, namun ianya bukanlah satu perkara yang mustahil.

Ada ramai individu yang dah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh bebas rokok dan ini kisah mereka!

Faktor kesihatan jadi dorongan- Raja Amir

Menurut Raja Amir Shah, 34 tahun, yang berasal dari Selangor keputusan berhenti merokok diambil 3 tahun lalu selepas mengambil kira faktor kesihatan dan anak-anak.

Pada awal permulaan, nak berhenti merokok bukanlah perkara yang mudah.

“Nak berhenti merokok ni mental kena kuat. Saya sendiri pada mulanya rasa susah nak buat. Sekarang saya berjaya, saya amalkan mengunyah gula-gula, kerap basuh tangan dan minum air masak. Selain itu, saya juga menggunakan produk alternatif rokok,” katanya kepada kami.

Stamina kurang dan cepat penat- Amer

Sebagai seorang yang gemar bersukan, Amer, 27 tahun yang berasal dari Perlis mengambil keputusan untuk berhenti merokok selepas dia mengalami sesak nafas selepas melakukan aktiviti sukan.

“Saya berhenti merokok kerana mula sedar tentang kepentingan kesihatan tubuh badan saya. Sebelum ni saya aktif bersukan dan saya perasan stamina saya kurang dan cepat penat. Lebih teruk lagi jika melakukan aktiviti sukan seperti futsal saya akan sesak nafas,” ceritanya kepada kami

Tambahnya lagi, selaku perokok tegar bukan mudah nak berhenti merokok, Amer sendiri mengambil masa yang lama untuk benar-benar berhenti merokok. Sekarang dah 1 tahun setengah dirinya bebas rokok.

” Pada mulanya, saya kurangkan jumlah rokok yang dihisap dari 20 batang ke 10 batang, kemudian kurangkan lagi kepada 5 batang dan akhirnya berjaya. Saya juga ada menggunakan produk alternatif rokok, saya banyakkan aktiviti sukan dan minum air kosong. ,” kongsinya kepada kami.

Keluarga buat saya tekad berhenti- Muhammad Danial

Sudah hampir 11 tahun merokok, ayah kepada anak 1 ini baru sahaja 2 tahun berhenti merokok.

Kata Muhammad Danial Bin Nawawi, 31, dirinya berhenti merokok atas dorongan keluarga iaitu ibu dan isterinya.

“Bagi saya sangat susah nak berhenti merokok, apatah lagi saya dah lama merokok. Mula-mula dulu memang susah nak tahan gian merokok nasib baik ada rakan yang bagitahu tentang produk alternatif rokok. Lepas guna, lama-lama perasaan nak merokok tu hilang apatah lagi bila isteri dan mak selalu bagi sokongan,” kata Danial kepada kami.

“Satu pesanan saya kepada perokok di luar sana, kalau nak berhenti, korang kena betul-betul nekad. Banyakkan mengunyah dan minum air putih. Ini akan sedikit sebanyak bantu korang hilangkan keinginan merokok,” tambahnya lagi.

Jom hidup bebas rokok!

Semoga perkongsian mereka jadi dorongan korang untuk hidup bebas rokok! Korang tak nak ke “Breathe Better” untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat?

Dapatkan produk alternatif rokok Di SINI. Hanya dengan 1 klik, hidup korang boleh berubah.

 

 

The following two tabs change content below.

[ad_2]