[ad_1]
Sebelum ini, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan berang dengan tindakan sebuah jenama pakaian yang didakwa menggunakan kemelut rumah tangga adiknya, sebagai teknik pemasaran.
Kecewa itu fitrah
Terbaru, Misya kelihatan meluahkan rasa kecewa kerana tidak terfikir para peniaga sanggup melakukan teknik pemasaran seperti itu.
Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing. Cuma tak pernah terfikir akan sampai macam ni. Nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak. Moga Allah lindung kita.
Menerusi posting di Instagram Story juga, Misya memohon maaf kepada semua yang menghantar kiriman dm kepadanya. Ujar misya, dia menerima terlalu banyak kata-kata semangat daripada netizen.
Kepada semua yang dm. Maaf Misya tak sempat nak respon semua. Terlalu banyak dan kata-kata korang semua buat Misya lebih bersemangat.
Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaanNya.
Terdahulu, viral di media sosial yang memaparkan rakaman video Marissa bersama Aslam dalam sebuah penggambaran koleksi baju raya. Pasangan itu sedondon menggayakan busana berwarna hitam selain tidak kekok bergandingan di depan kamera.
[ad_2]