[ad_1]
Umum mengetahui, personaliti media sosial popular Indonesia iaitu Thariq Halilintar bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Aaliyah Massaid tidak lama lagi.
Minta restu
Menerusi hantaran di Instagram, Thariq berkongsi momen dia menziarahi kubur arwah bapa Aaliyah, baru-baru ini.
Pada kapsyen yang ditulis, dia meminta restu daripada arwah bapa kekasihnya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Assalamualaikum om Adjie (bapa Aaliyah), saya ingin minta izin untuk menikahi puteri om.
Namanya sudah tertulis di dalam hati om, tapi belum tertulis di atas buku nikah, semoga segala prosesnya dilancarkan dan selalu dalam lindungan-Nya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan urusan Thariq dan Aaliyah dipermudahkan sehingga menjelang hari bahagia mereka.
Terdahulu, Thariq telah melamar untuk menikahi Aaliyah di tengah kebun bunga yang dipercayai terletak di Primo Piazza, Thailand.
[ad_2]