Tidak Ada Orang yang Mahukan Saya – Liza Abdullah Malas untuk Memulakan Perhubungan Pada Usia Ini

Shopee CNY Sale



Pelakon Liza Abdullah memberitahu dia masih single sekali gus menepis dakwaan dirinya sudah kembali berumah tangga, baru-baru ini.

Bukan mudah pikul status ibu tunggal

Menerusi laporan BH Online, Liza berkata, bukan mudah untuknya memikul status sebagai ibu tunggal. Oleh sebab itu, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang spekulasi berhubung dakwaan yang timbul.

Sebenarnya, saya belum berkahwin. Ada sebab kenapa saya pilih untuk kunci mulut. Bila situasi wanita bergelar isteri kedua sering dianggap jahat, jadi saya mengiyakan sudah berkahwin untuk elak ada wanita takut saya goda suami mereka.

Pada usia begini manalah ada orang mahukan saya. Saya juga sebenarnya sudah malas nak mulakan perhubungan, penat nak kenal semula orang.

Pada masa yang sama, Liza mengakui bahawa dia tidak berani untuk bercakap lebih kerana semuanya adalah ketentuan Allah.

Saya tak boleh jangka kehidupan akan datang. Saya tak tahu mungkin terus hidup sendiri atau jumpa seseorang untuk dijadikan peneman hingga akhir hayat.

Tapi, saya tak nak cakap lebih-lebih, lagipun saya masih sayangkan kerjaya sebagai pelakon. Jadi, sesiapa yang nak jadi pasangan saya kenalah terima pekerjaan saya.

Disoal pula mengenai penerimaan anak-anak sekiranya dia berkahwin semula, ujar Liza, dia perlu mendapatkan keizinan daripada mereka semua. Ini kerana, bimbang keputusan berkahwin bakal merenggangkan hubungan di antara mereka.

Saya tak tutup pintu hati, anak sulung mulanya dulu agak keberatan. Tapi bila sudah dewasa, dia pula suruh saya cari teman hidup.

Anak ketiga dan keempat pula seperti enggan lepaskan saya. Saya sendiri bimbang jika ada suami hubungan kami jadi renggang kerana saya dan anak-anak sangat rapat.

MENARIK:  Norreen Iman Berpindah Kerana Keimanan, Bukan Ingin Menggunakan Agama

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale