Tinggal Anak di Sisi Lebuhraya Kerana Keputusan Peperiksaan yang Buruk

Shopee CNY Sale



Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita nekad meninggalkan anak perempuannya di tepi sebuah lebuh raya gara-gara mendapat gred yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran bahasa Latin.

Tinggal anak tepi jalan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Philstar, gadis yang berusia 16 tahun telah mendapat gred Sembilan daripada 10 dalam kelas lain, tetapi hampir tidak lulus dalam mata pelajaran Latin, iaitu hanya mendapat gred Lima.

Difahamkan, selepas memaklumkan kepada ibunya tentang keputusan yang diterima, berlakunya pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu menyuruh anaknya itu keluar dari kereta.

MENARIK:  KFC Malaysia Merayakan 5 Tahun Kerjasama Bersama JMR dengan Acara Menarik!

Gadis itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menuruti arahan si ibu. Dia akhirnya berjaya diselamatkan oleh peronda polis.

Susulan daripada itu, ibu mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut dan didakwa atas pertuduhan mendera.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale