[ad_1]
Program realiti mencari jodoh paling hangat di Korea ketika ini iaitu Single’s Inferno musim ketiga telah melabuhkan tirai pada 9 Januari lalu.
Wahh semua cantik!
Ramai para peserta wanita mahupun lelaki telah menyertai program Single’s Inferno untuk mencari pasangan hidup mereka. Pelbagai cabaran dan rintangan yang mereka perlu tempuhi demi mencari keserasiaan bersama. Tak dinafikan, bermula dari musim satu hingga ketiga, ramai peserta wanita telah mencuri tumpuan penonton dengan kejelitaan dan aura mereka tersendiri.
Terbaharu, portal hiburan Korea Selatan iaitu Koreaboo telah menyenaraikan antara 10 peserta wanita yang tercantik sepanjang tiga musim program Single’s Inferno berlangsung. Difahamkan, para peserta yang terpilih telah diundi sendiri oleh penonton.
1. Choi Hye Seon
View this post on Instagram
Tempat pertama dirangkul oleh peserta Single’s Inferno musim ketiga iaitu Choi Hye Seon dengan memperoleh 2,751 undian. Wanita yang kecil molek berusia 26 tahun itu merupakan seorang graduan Universiti Wanita Ewha dalam pengkhususan bioinformatik di jabatan Sains Hayat. Sebelum ini, dia pernah melanjutkan pelajaran di Durham University.
2. Song Ji A
View this post on Instagram
Song Jia A menduduki tempat kedua dengan 18% dan menerima 1,314 undian. Song Jia merupakan seorang pempengaruh media sosial dalam bidang fesyen di Korea Selatan. Wanita berusia 27 tahun itu mula menjadi Youtubers pada tahun 2019. Saluran YouTube Song Jia A menfokuskan kepada gaya hidup dan kecantikan.
3. Lee Nadine
View this post on Instagram
Lee Nadine peserta Single’s Inferno musim kedua memperoleh 924 undian. Lee Nadine merupakan bekas model dan pernah melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di Harvard University dalam dua pengkhususan iaitu Sains Neuroscience dan Sains Komputer.
4. Shin Seul Ki
View this post on Instagram
Tempat keempat dirangkul oleh Shin Seun Ki dengan memperoleh 621 (8%). Seul Ki, 26, merupakan seorang pelakon di Big Smile Entertainment. Beliau mendapat kelulusan dari Universiti Kebangsaan Seoul sebagai jurulatih piano.
5. Yun Ha Jeong
View this post on Instagram
Menerima sebanyak 367 undian menjadikan Yun Ha Jeong peserta dari musim ketiga berjaya mendapat tempat kelima.
6. Shin Ji Yeon
View this post on Instagram
Shin Ji Yeon peserta musim pertama Single’s Inferno mendapat 4 peratus daripada keseluruhan undian iaitu sebanyak 271. Shin Ji Yeon, 27, ialah seorang pelajar sains saraf yang belajar di Universiti Toronto.
7. Choi Seo Eun
View this post on Instagram
Dengan 4 peratus daripada undian (267 undian), Choi Seo Eun peserta musim ketiga memperloeh tempat ketujuh.
8. Yu Si Eun
View this post on Instagram
Yu Si Eun peserta musim ketiga mempeoleh jumlah undian 204.
9. An Ye Won
View this post on Instagram
An Ye Won musim pertama mendapat 2 peratus dengan undian sebanyak 137.
10. Park Se Jeong
View this post on Instagram
Park Se Jeong yang merupakan peserta Single’s Inferno musim kedua telah memperoleh sebanyak 117 undian dan sekaligus menjadikannya mendapat tempat ke-10.
Park Se Jeong merupakan model profesional yang kini menandatangani kontrak dengan agensi model KPLUS. Parik Se Jeong yang kini berusia 27 tahun gemar melakukan senaman untuk kesihatan dan untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal.
[ad_2]