[TRENDING] Kisah Pria Melihat Foto Suami Memeluk Istri dan Temukan Banyak Konten Tidak Pantas di Folder Komputer

Shopee CNY Sale



isteri gambar tak senonoh

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Hancur hati seorang suami

isteri gambar tak senonoh

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia dan isteri telah mendirikan rumah tangga hampir dua bulan dan mereka adalah pasangan jarak jauh di mana dia bekerja di pantai timur manakala isterinya di selatan.

Bagaimanapun, kesetiaannya diuji ketika melihat gambar mesra isteri bersama lelaki lain di dalam komputer.

Baru-baru ni aku pergi bercuti dengan isteri. Pada hari ketiga masa aku teman isteri dekat pejabat dia, aku tergerak hati nak pinjam komputer. Aku ternampak satu folder ‘loving you’. Dengan perasaan nak tahu dan teruja sebab sangka ada gambar aku dengan isteri. Ternyata sangkaan aku meleset, aku tengok ada gambar lelaki yang tak dikenali sedang peluk erat isteri dan banyak gambar tak senonoh. Gambar paling terbaru, seminggu sebelum aku nikah..apa yang aku mampu cakap adalah Allahuakbar.

Aku panggil isteri, dia terdiam dan kami bertekak mulut. Tapi aku tak memukul atau menyentuh dia dengan kasar. Aku akui masa tu aku marah sangat walaupun aku bukan jenis yang suka marah. Aku marah sampai tendang pintu.

Difahamkan wanita tersebut menjalinkan perhubungan dengan lelaki lain sebelum berkahwin dan mengakui masih dalam dilema ketika mahu mendirikan rumah tangga dengan suaminya.

Isteri aku huru hara dengan serba salah..aku tenangkan diri dan minta penjelasan dia. Lelaki tu adalah teman lelaki baru dia dan gambar-gambar tak senonoh tu sebelum kahwin. Selama ini dia menipu aku dia kata dia bercuti dengan kawan perempuan rupanya dia keluar dengan lelaki tu. Dia mengaku dia masih berhubung dengan lelaki itu tapi tak pernah berjumpa semenjak berkahwin. Dia dalam dilema, dia masih sayangkan lelaki itu tapi dia kahwin dengan aku sebab dia dah kenal dengan keluarga aku.

Aku dah kenal dan bercinta dengan isteri aku lima tahun sedangkan dengan laki tu baru je kenal tak sampai setahun. Selepas kejadian tu aku diam seribu bahasa sampai ke malam, sebelum dia hantar aku ke terminal bas untuk balik ke pantai timur.

Dalam perjalanan aku tanya, ‘macam mana perhubungan kita?’.

Dalam nada perlahan dan sebak dia jawab, ‘entahlah bang, ikut abang la macam mana’.

Lelaki yang setia

isteri gambar tak senonoh

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut memilih untuk tetap setia dengan isterinya dan sanggup memaafkan segala kesalahan serta membimbing wanita itu ke jalan yang benar.

Walaupun dia keras kepala, degil tapi aku tahu satu hari nanti dia boleh berubah dan aku akan cuba ubah dia. Memang aku takkan ceraikan dia sebab tujuan aku bernikah adalah untuk mengubah dan membimbing ke jalan yang benar.

Kesilapan sebesar mana pun abang maafkan. Tapi abang nak sayang tahu payah dalam dunia ni nak cari perempuan macam sayang.

Aku tahu sifat-sifat dia, sikap dia, manja, merajuk dan aku memilih untuk tetap berada di sisi dia. Sebagai seorang suami aku bimbing agar dia tak terus berdosa. Kadang-kadang entah lah macam mana Tuhan boleh bagi aku setenang ini untuk tak memukul isteri, maafkan dia, beri peluang kedua dan tak ceraikan dia. Mungkin sebab aku sayang dia sangat-sangat dan niat berkahwin dengan dia. Tapi dia tak tahu, dia tak nampak semua tu.

Dalam pada itu, dia masih dibelenggu rasa serba salah dengan keputusan sendiri namun bersyukur kerana rumah tangga yang dibina masih boleh diselamatkan.

Sekarang Alhamdulillah aku dah ajak isteri solat taubat, dia dah bersungguh-sungguh minta maaf. Doakan aku berjaya untuk bercinta kali kedua dengan isteri aku.

Jadi dayus ke aku bila aku tak buat apa-apa? Sekadar berperang mulut dan nasihatkan isteri je. Aku anggap ini dugaan dalam rumah tangga aku.

MENARIK:  Rahsia Solekan Cantik: Jurumekap Ini Belajar Sendiri Melalui Youtube Kerana Tidak Mampu Pergi Kursus
" data-video-id="7326902172782841089" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@yb.semput

Bertabah lah wahai suami…dan semoga menjadi iktibar kepada kita semua #kisahnyata #kisahbenar #rumahtangga #faktamenarik #nengoktv #kredittonengoktv

? bunyi asal – y&zShopp – y&zShopp

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale