Kemelut rumah tangga yang melanda pasangan pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi topik hangat semenjak aktor itu ditangkap berkhalwat bersama aktres Ruhainies.
Luahan hati seorang bapa
Seorang pengguna TikTok memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan dan foto mesra Bella dan Aliff ketika hubungan mereka masih lagi baik.
Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian warganet adalah lagu yang digunakan pada hantaran tersebut.
Difahamkan lagu berjudul Lepaskanlah Aku yang didendangkan oleh penyanyi, Aqmal merupakan hasil ciptaan Ag Astillah iaitu bapa kepada Bella.
Warganet mendakwa lagu tersebut ditulis adalah berdasarkan kisah benar dan luahan hati Ag tentang hubungan Bella dan Aliff.
Lagu ini curahan hati ayah Bella, ayah dia je faham keadaan Bella. Tak macam mentua dia.
Sedihnya lagu ini untuk kisah Bella, Allahuakbar.
Hati ayah mana tak hancur anak yang disayang dihancurkan oleh seorang yang bernama lelaki.
Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.
Dalam perkembangan terbaharu kes tersebut, Aliff yang hadir di mahkamah enggan melafazkan cerai terhadap Bella kerana masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga mereka demi anak-anak.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
#lepaskan #aku #fypdong #fypgakni #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fyp??viral #fyp? #fyp? #fyp #follower??? #followback #followers? #followformorevideo #follower #followers #following #follow2tollow #100k #100k #1000razones #5000k
? Lepaskanlah Aku – Aqmal