Ucapan Tahniah Untuk Pelajar yang Berusaha Walaupun Mendapat Keputusan Kurang Memuaskan – Saharul Ridzwan

Shopee CNY Sale



saharul spm

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pendapatnya di media sosial tentang kepentingan menimba ilmu yang bermanfaat.

Pendapat Saharul

" data-video-id="7374686081297468688" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@saharulridzwan7

Penting ke pelajaran? ?

? original sound – SaharulRidzwan – SaharulRidzwan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saharul mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Tahniah kita ucapkan kepada para pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang dan tahniah juga kita ucapkan kepada pelajar-pelajar yang tak dapat keputusan baik.

Kenapa tahniah? Tahniah atas semangat dan tahniah atas keinginan untuk belajar.

Pemilik nama Mohd Saharul Ridzwan Hashim itu berpendapat, kadang kala ada segelintir pelajar yang tidak cemerlang namun dengan usaha kerasnya dia juga mampu meraih kejayaan selepas mendapat peluang melanjutkan pelajaran.

Ada orang yang belajar pandai, selepas dia dapat keputusan dia dah tak mahu belajar.

Berbeza pula dengan pelajar yang dapat keputusan tak berapa bagus. Disebabkan keinginan dia nak belajar, jadi dia belajar bersungguh-sungguh dan dia dapat keputusan yang bagus. Mungkin lebih baik daripada mereka yang dapat keputusan cemerlang.

Belajar untuk cuba jadi manusia yang lebih baik dari satu hari ke satu hari.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga sempat berkongsi keputusan peperiksaannya ketika bergelar pelajar.

2 A 4B 3C rasanya. Waktu diploma, saya dapat anugerah dekan hampir kesemua semester iaitu dengan pointer 3.72 untuk Diploma Aircraft Maintenance.

Dalam pada itu, Saharul juga menitipkan nasihat untuk semua individu di luar sana agar tidak berputus asa dalam mencari ilmu dan menggunakan pengetahuan mereka ke arah kebaikan.

Sekarang ni pun saya masih belajar untuk perniagaan saya. Saya masuk kelas. Setiap hari adalah sebuah proses pembelajaran.

Paling penting apa yang kita belajar itu dapat bawa kebaikan kepada kita dan agama. Insya-Allah kita akan dapat arah yang betul.

Belajar agama, belajar hukum halal haram dan gunakanlah ilmu itu dengan sebaiknya.

MENARIK:  Pentingnya Pendidikan: Menemukan Keseimbangan Antara Minat dan Pelajaran - Syamel

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale