Umie Aida Mengakui Cabaran Memelihara Istiqamah, Sentiasa Gigih Mencari Ilmu Allah – ‘Perlu Ada Amalan, Bukan Hanya Berdoa’

Shopee CNY Sale



Pada tahun 2014, pelakon jelita iaitu Datin Seri Umie Aida mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya pada bulan Ramadan.

Terbaharu, , tampil mendapatkan respon Umie mengenai perjalanan hijrah yang dilaluinya sejak 10 tahun yang lalu.

Kena usaha dan selalu paksa diri

Ketika ditemu bual, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali mengakui agak sukar untuk dirinya kekal istiqamah sepanjang penghijrahannya itu.

Nak istiqamah apa yang kita sedang cuba lakukan memang susah. Sebagai contoh, rutin harian bangun pagi, tidur awal itu semua memang susah dan akan ada ‘up’ and ‘down’ dia.

Tapi, selalulah bermohon kepada Allah, ‘Ya Allah dengan ilmu tentang agama yang aku ada ini, bantulah diriku ini sentiasa istiqamah berada di jalanMu yang diredai’.

Tambah Umie, setiap orang itu perlu sentiasa berusaha untuk melawan segala anasir yang boleh membuatkan mereka mudah untuk berputus asa.

Tetapi, kita jangan berdoa sahaja, kita kena ada usaha untuk kekal istiqamah. Janganlah berdoa tapi tak buat apa-apa.

Penat memang penat tapi untuk nak dapatkan syurga Allah itu kan penat?

Setiap manusia itu memang lemah jadi kena sentiasa paksa diri untuk hadir ke majlis ilmu, paksa diri kita untuk sentiasa bersama dengan mereka yang juga mencari jalan yang diredai Allah.

Dan paling penting, paksa diri kita untuk kurangkan daripada terjebak dengan perkara-perkara yang melalaikan.

Umie berkata demikian ketika ditemui sewaktu sesi penggambaran poster bagi musim terbaharu drama Mok Cun bertempat di Studio Media Prima Berhad, Bandar Utama.

MENARIK:  VIDEO: Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Alisa Terkena Influenza B – Kami Berdua Tumbang selama 10 Hari

Ketika ditanya mengenai cara untuk kekal istiqamah, pelakon yang popular dengan filem ‘Embun’ ini menasihatkan orang ramai untuk kuat berdepan dengan pelbagai dugaan dan sentiasa mencabar diri mendekatkan diri dengan Allah.

Kena selalu cabar diri kita sebab kita bukannya lahir-lahir dah memang baik, dan setiap orang itu hatinya berbolak-balik.

Jadi bila Allah bagi kita hidayah, cabar diri kita untuk berubah dan bagi masa diri awak selama 40 hari untuk berubah.

Tapi jangan buat yang berat-berat, buat perkara yang asas sahaja dulu.

Solat fardhu lima waktu itu, jangan sesekali tinggal walau apa pun jadi.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale