Untuk Kulit Bersinar di Hari Raya, Jom Dapatkan Produk Ini! Jangan Lewatkan Diskaun Sehingga 40% yang Menarik!

Shopee CNY Sale



Nak dekat Raya ni, semua orang mesti nak kulit cantik, kan? Tapi kalau tak tahu nak pakai produk apa, memang jadi masalah. Jangan risau! Ada banyak pilihan produk penjagaan kulit di luar sana yang boleh buat kulit korang jadi lebih cantik dari sebelum ni.

Salah satunya adalah produk penjagaan kulit dari Beauty of Joseon. Kalau korang nak tahu, produk ini dicipta dari Korea tau! Ia mampu memberikan kesan kulit yang bersih dengan menggunakan ramuan tradisional Korea Hanbang.

Ha…kalini juga mereka nak bagi harga yang berbaloi untuk korang beli. Bukan tu je, ada banyak lagi kelebihan lain yang korang boleh dapat. Baca sampai habis kalau nak tahu!

1. Potongan harga sehingga 40%, baucar diskaun serta penghantaran percuma!

Time raya ni mesti banyak persiapan raya yang korang nak buat. Penjagaan kulit pun tak terkecuali, kalau boleh nak lah produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Apa lagi? Beauty of Joseon lah jadi penyelamat kan? Kalini mereka berkolaborasi dengan aroma menawan Lilin & Co tau!

Paling menarik, siap ada promosi StoreWide dimana korang boleh dapat potongan harga sehingga 40%. Selain itu, ada juga baucar terhad yang ditawarkan iaitu RM30 diskaun dengan pembelian minimum RM100 dan diskaun sebanyak RM75 dengan pembelian minimum RM250.

Siap dapat nikmati penghantaran percuma pula tu. Wahhh! Memang boleh jimat banyak dan sangat berbaloi!

2. Selain itu, korang juga boleh dapat lilin edisi terhad Lilin.Co secara PERCUMA!

Korang mesti kenal jenama Lilin & Co ni kan? Sempena kolaborasi kali ini, mereka memperkenalkan lilin Pine dan Eucalyptus edisi terhad oleh Beauty of Joseon x Lilin & Co yang membawa aroma yang segar dan indah.

Siapa yang nak tenang-tenang hari raya nanti, boleh lah dapatkan lilin ni secara percuma! Caranya mudah je, korang hanya perlu membuat pembelian dari mana-mana produk penjagaan kulit Beauty of Joseon minimum RM150.

Apa produk yang ditawarkan tu?

Ada Set Best Seller serta eksklusif yang korang boleh cuba!

Ha inilah dia! Korang boleh pilih yang mana korang nak dan sesuai untuk penjagaan kulit korang. Antaranya adalah:

Set 1: Raya Best Seller Set

Dengan harga RM119 (Harga asal: RM184.20), korang akan mendapat Ginseng essence toner 150ml, Relief sun 50ml, Lilin & Co Pine & Eucalyptus Candle 65g (percuma), Dynasty Cream Sachet 1ml x2 (percuma).

Apa yang menarik tentang Best Seller Set ini adalah korang akan dapat kesan kulit yang bersinar dengan Ginseng Essence Toner mereka serta ia memberikan hidrasi dan perlindungan matahari apabila korang menggunakan Relief Sun pada kulit korang.

MENARIK:  Aina Abdul Sasar Turun Berat Badan 7kg Sebelum Konsert MPO – 'Pengalaman Menyanyi Dengan Orkestra yang Berbeza'

Set 2: Raya Glow Set

Ha! Siapa yang tak sabar nak glowing bila raya nanti? Korang kena dapatkan Raya Glow Set ni sebab Glow Deep Serum ini dapat mencerahkan kulit korang. Di samping itu, serum ini juga mampu menyuburkan dan menyegarkan sinar semulajadi kulit korang. Barulah nampak natural tapi tetap glow gituuu!

Dengan harga RM129 (Harga asal: RM198.30) dalam satu set, korang akan mendapat Glow Deep Serum, Lilin & Co Pine & Eucalyptus Candle 65g (percuma), Dynasty Cream Sachet 1ml x2 (percuma).

Set 3: Raya Revive Set

Dengan harga RM 119 (Harga asal: RM193.20), korang akan mendapat barangan termasuk Ginseng Cleansing Oil,  Revive Eye Serum Ginseng + Retinol 30ml, Lilin & co pine & eucalyptus candle 65g (percuma), Dynasty Cream sachet x2 (percuma).

Set ini akan membantu korang untuk dapat kulit yang segar. Selain itu, dengan penggunaan Revive Eye Serum, ia akan mengurangkan kesan dan tanda keletihan pada mata korang.

Jadi, kalau korang yang ada mata panda tu, nak muka dan mata nampak segar dan glow raya nanti, boleh grab set ini juga!

Promosi pakej bundle

Selain set eksklusif yang ada, korang juga boleh dapatkan promosi pakej bundle yang ada tau. Harganya murah dan berbaloi untuk korang beli. Antaranya:

Beli 1 Percuma 2 (Relief Sun)

  • RM52 (Harga Asal: RM108.90)
  • Relief Sun Beli 1 Percuma 2 (52%)
  • Relief Sun 50ml Relief Sun 10mlx2 (Percuma)

Beli 1 Percuma 2 (Matte Sun Stick)

  • RM52 (Harga Asal: RM108.90)
  • Relief Sun 50ml
  • Relief Sun 10mlx2 (Percuma)

Beli 2 Percuma 1 (Relief Sun)

  • RM100 (Harga Asal: RM209.70)
  • Pakej Relief Sun Dua dalam Satu
  • Relief Sun 50ml (Percuma)

Macam mana? Berbaloi tak promosi untuk produk yang berkualiti macam ni?

Paling menarik, korang juga berpeluang untuk menang Set Eksklusif Beauty of Joseon. Ini caranya!

Buat korang yang membuat pembelian bernilai RM100 di kedai, korang akan berpeluang memenangi Set Eksklusif Beauty of Joseon tau!

Tempoh promosi ini berlangsung dari 1 April 2024 hingga 7 April 2024. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuk:

  • Raya Best Seller Set x1
  • Raya Glow Set x1
  • Raya Revive Set x1

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale