[ad_1]
Sekadar gambar hiasan
Seorang guru lelaki bergelar ustaz ditahan polis Indonesia selepas disyaki mencabul seorang anak muridnya yang berusia 11 tahun.
Ustaz cabul murid
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik, penahanan suspek yang berusia 48 tahun itu dilakukan selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada ibu bapa mangsa.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa mangsa berada di pusat asuhan di mana suspek merupakan seorang guru dan pengasuh di premis terbabit. Pihak polis turut melakukan siasatan dengan melakukan soal siasat terhadap beberapa saksi termasuk rakan-rakan mangsa.
Selepas mengumpul kesemua bukti, polis bertindak menahan suspek di rumahnya pada 8 Januari lalu dan suspek kemungkinan berdepan hukuman penjara selama 5 hingga 15 tahun, jika disabitkan bersalah.
[ad_2]