Di Instagram, pelakon Anzalna Nasir berkongsi sebuah rakaman video di mana dia melakukan trend meminta anaknya Mohamad Eidrees memilih hadiah serta tempat makan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-5, baru-baru ini.
Wang tunai RM10,000
Menerusi video tersebut, Anzalna dilihat menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya itu. Selain wang tunai, Eidrees memilih dompet dan makan di restoran jenama mewah.
‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal. Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki.
Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Eidrees anak yang bertuah kerana dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu usianya masih kecil.
Video
View this post on Instagram