Pelakon Afifah Nasir selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Syed Hariz, pada malam Sabtu.
Ucap tahniah
Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya yang juga merupakan seorang aktres, Puteri Aishah. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Aishah menzahirkan rasa syukur di samping tumpang gembira dengan Afifah dan Syed Hariz.
Tahniah atas petunangan, babe. Sangat gembira untuk awak. Akhirnya dia (Afifah) menjumpai kebahagiaan selama-lamanya. Alhamdulillah.
Selain Puteri Aishah dan suami, Muhammad Firdaus Sulaiman, turut hadir adalah Hafreez Adam, Che Puan Syamim Farid dan Shaza Bae.
Dalam pada itu, adik kepada Afifah iaitu Nazirah Nasir juga memuat naik video momen sepanjang majlis pertunangan berlangsung di kediaman mereka.
Would you like to be Mrs. Hariz?
Sementera itu, pada hari sama, Afifah, 31, berkongsi foto yang memaparkan dia dilamar Syed Hariz berlatar belakangkan pesawat pada Jumaat.
Pemilik nama Nur Afifah Md Nasir dan Syed Hariz dilihat sedondon menggayakan busana berona biru.
Bukan itu saja, adik kepada Anzalna Nasir ini menerima sebentuk cincin jenama Tiffany and Co dan sejambak bunga ros. Berdasarkan kapsyen ditulis, Afifah seakan memberi bayangan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Sebelum ini, Afifah menafikan sudah bertunang seperti yang digembar-gemburkan di media sosial selepas tular gambar Afifah dan Syed Hariz berbusana sedondon.
Pelakon drama Bisik Bisik Gelora menjelaskan situasi itu ketika majlis akikah anak saudaranya.