Anak kepada pengasas kosmetik Allahyarham Faziani Rohban iaitu Irdina Hakim mendakwa ada pihak yang berniat jahat telah menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkannya.
Angkara sihir
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Irdina dilihat sedang memberi respon kepada salah satu komen daripada pengikutnya yang berkongsi tentang pengalaman disihir.
Irdina kemudian mendedahkan bahawa dia juga berdepan dengan situasi yang sama selepas kematian ibunya.
Semasa arwah mummy saya ada, saya tak pernah kena pun macam ni. Tapi betul-betul selepas arwah mummy tak ada saya kena penyakit ini.
Ada juga orang tak puas hati dengan perniagaan, jadi orang hantar kepada saya memandangkan saya adalah muka depan untuk jenama ini.
Kesan daripada itu, Irdina turut mengalami masalah kesihatan mental yang serius.
Saya sedang lalui sekarang adalah rasa anxiety, depresi dan stres.
Untuk info, Allahyarham Faziani yang juga pengasas produk Dnars, meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya cedera.
Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.
Replying to @zalinabintiishat dnar doakan akak sekeluarga kuat dan diangkat darjat insyaallahh amiinnn ..masuk live dnar insyaallah apa yg dnar kongsi dapat membantu???
? Sholawat Ilahana – LAYLAA ZAKYAH