[ad_1]
Anak kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin iaitu Arif Jiwa Asyraf menangis apabila dianggap menipu ketika membantu ibunya berniaga di Celebfest, Singapura, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Bergenang Air Mata Genggam Ijazah, Impian Nak Jadi Doktor Dahulu Tak Kesampaian Sebab….
Artikel berkaitan: Tya Arifin Terlepas Pandang Isu Pakaian Agak Menonjol Dalam Konten Memasak – ‘Akan Lebih Berhati-Hati’
Sedih dianggap menipu
Menerusi perkongsian di TikTok, Arif mendekati beberapa pengunjung yang datang bersama anak untuk mempromosikan produk vitamin, Jiwaku.
Namun, salah seorang pengunjung menganggap Arif menipu dan membuatkannya berasa sedih.
Arif rasa dia ingat Arif tipu.
Bagaimanapun, ada pengunjung lain yang kembali semula ke ‘booth’ tersebut untuk membeli produk yang dijual Arif.
Dalam pada itu, Tya menitipkan kata-kata semangat dan berbangga dengan anak sulungnya itu.
Takpe abang. Ibu bangga dengan abang ya. Besar nanti baru abang faham erti meniaga tu macam mana ya.
Netizen beri kata-kata semangat
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berbangga dengan Arif dan kaedah perniagaan yang digunakan itu.
Tak mudah nak buat direct selling dengan customer, but it will make you a great entrepreneur one day.
Good job abang Arif.
Takpe Arif, jangan sedih-sedih tau doa banyak-banyak supaya ramai beli Jiwaku.
[ad_2]