[VIDEO] Bella Astillah Emosi, Tidak Siap Mengumumkan Perpisahan Dengan Anak-Anak

Shopee CNY Sale



Pelakon, Bella Astillah memaklumkan dua orang anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna tidak tahu menahu mengenai tindakanya menfailkan perceraian terhadap suami, Aliff Aziz.

Belum masanya cerita pada anak

Ketika ditemui Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata anaknya masih kecil untuk memahami perkara tersebut.

Mereka (anak-anak) tidak tahu apa-apa tentang ini (cerai). Sebab kalau mereka tanya saya akan jawab daddy (Aliff) kerja.

Saya akan ceritakan pada mereka nanti, cuma sekarang belum masanya. Lagi pun Ara baru empat tahun dan Ayden pula baru dua hari mula persekolahan.

Bella berkata demikian sejurus prosiding pertama sebutan kes perceraian yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Bella kemudian mengalirkan air mata apabila ditanya tentang anak-anaknya.

Bagaimanapun prosiding berkenaan terpaksa ditangguhkan susulan Aliff tidak menghadirkan diri atas alasan terlibat dengan penggambaran.

Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu.

MENARIK:  Puteri Zarith Tidak Senang Netizen Menyebut Kurus Sebagai Penyakit – 'Seringkali Terpaksa Memadam Komen'

Sementara itu, disoal adakah masih ada sinar untuk kembali bersama Aliff, Bella menjawab ‘no komen’.

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4.

Namun begitu, pasangan tersebut pernah berpisah atas isu yang menimpa rumah tangga pada 16 Mei 2019 dan rujuk semula dalam tempoh edah.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale