Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah antara selebriti yang banyak terpalit dengan kontroversi rumah tangga namun dia dilihat sangat cekal dalam menangani isu tersebut.
Ramai yang mengagumi Bella
Menerusi podcast bersama pelakon Amelia Henderson, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata ramai yang menyifatkannya sebagai seorang yang sangat tabah ketika dia menghadapi ujian.
Ramai cakap saya kuat, saya sabar tapi sebenarnya saya takut sangat. Saya takut akan ada hadnya nanti sebab saya tak tahu bila akan jadi.
Orang cakap, ‘hebatlah Bella ni, wanita yang sangat kuat dan sangat sabar.’
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang ini meluahkan kerisauannya andai sampai satu masa dia tidak dapat menahan sabar.
Tapi saya tak tahu kesabaran saya sampai bila, saya harap sangat saya tetap bersabar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami keadaan yang dihadapi pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu selain turut mendoakan kesejahteraannya.
Dia sebenarnya yakin dia mampu hadap. Tapi dia dalam keadaan takut dan trauma untuk hadap perasaan yang sama. Sedihnya.
Betul yang dia kata. Kita boleh kuat, kita boleh sabar tapi itu semua ada hadnya. Akan ada harinya kesabaran kita hilang.
Selalunya orang yang sabar dan kuat mcm ni bila dia dah sampai limit, ‘there’s no turning back’. Semoga diberikan kedamaian dan kebahagiaan yang abadi.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreana, 2.
Namun begitu, pasangan tersebut pernah berpisah atas isu yang menimpa rumah tangga pada 16 Mei 2019 dan rujuk semula dalam tempoh edah.
#tiktokmalaysia #bellaastillah #nfmz #faiznurzin
? original sound – FaiznurZin – FaiznurZin