[ad_1]
Pelakon versatil, Beto Kusyairy dan isteri Tisha Shahar baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.
Ucapan ‘anniversary’ buat isteri
Menerusi perkongsian di TikTok, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman bersama isteri dilihat sedang bersiar-siar berdekatan kawasan laut sambil menunggang motosikal.
Paling menarik perhatian adalah coretan Beto di ruangan kapsyen video tersebut yang telah mencuri perhatian ramai.
16 tahun bersama cuma tahun ni kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulang tahun tarikh pernikahan kami.
Happy Anniversary sayang..saya tahu ianya sukar untuk awak apabila kehilangan kembar awak 19 tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun pertama awak kehilangan cinta pertama.
Satu perkara yang pasti, saya akan sentiasa di sisi awak dengan kasih sayang, menjaga awak and of course as your sunshine.
Sementara itu, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini turut meluahkan hasrat untuk memiliki sebuah rumah di kawasan laut bersama isteri selepas bersara nanti.
Ps: Video ni diambil berberapa hari lepas sewaktu jetty tour di Pulau Tuba..sambil recce tanah tepi laut untuk kami settle down dan bersara.
Ada orang lokal yang nak jual murah-murah tak? Yang penting mengadap laut dan pulau-pulau kecik, tenang dan tak sibuk. Tak salah berangan kan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan isteri aktor itu sebagai seorang wanita yang beruntung kerana memiliki suami yang setia dan penyayang.
Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
Ini lah lelaki idaman perempuan, setia walaupun belum dikurniakn anak tapi masih ada di sisi seorang isteri…gembira tengok mereka berdua.
Beruntungnya si isteri dapat yang macam ni dan beruntung juga si suami dapat isteri macam ni.
Lelaki limited edition.
Selamat ulang tahun perkahwinan abang Beto dan sis, moga bahagia ke syurga.
Untuk info, Beto dan isteri mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 tetapi belum dikurniakan zuriat.
@beto_kusyairy 16 tahun bersama cuma tahun ni kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun tarikh pernikahan kami. Happy Anniversary sayang.. I know it’s hard for you. You lost your twin sister 19 years ago & now it’s your first year of loosing your first love. One thing for sure, I will always be by your side with love, care & of course as your sunshine.. ??? Ps: Video ni diambil berberapa hari lepas sewaktu jetty tour di Pulau Tuba..sesambil recce tanah tepi laut untuk kami settle down & bersara. Ada orang lokal yang nak jual murah2 tak? Yang penting mengadap laut & pulau2 kecik, tenang & tak sibuk. Tak salah berangan kan?
? Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
[ad_2]