Pelakon dan adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah seakan memerli aktres Ruhainies dan abang iparnya, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat, pada Sabtu lalu.
Artikel berkaitan: Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan Kes Berkhalwat
Artikel berkaitan: Ruhainies & Aliff Aziz Sekadar Kawan, Hanya 30 Minit Bukan 3 Jam
Artikel berkaitan: JAWI Tidak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies
Penjelasan muat naik video Bella & Ruhainies
Menerusi siaran langsung di TikTok, Didi yang sedang sahur sempat bergurau dengan adik lelakinya yang ketika itu masuk ke dalam bilik.
Didi sempat berseloroh dengan membuat POV ada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) datang membuat serbuan.
Alamak tolong JAWI datang. Tangkap basah, tangkap basah.
Dalam pada itu, Didi turut menjelaskan tentang hantaran video mesra Bella bersama Ruhainies yang dimuat naik di media sosial miliknya semasa hari kejadian.
Nanti korang tertanya-tanya siapa, saya tolong korang jangan keliru-keliru. Kalau geram tu kan suka gigit yang macam tu (reaksi gigit bibir). Biasalah kebelakangan ni banyak kegeraman yang berlaku.
3 jam atau 30 minit
Sementara itu, ada pengikut yang bertanyakan tentang masa 3 jam atau 30 minit namun Didi hanya berbasa basi.
Apa korang ni? Saya makan tak sampai 30 minit.
Kesian 3 jam. Jam tu yang kena fitnah. Korang ni bulan-bulan puasa pun sibuk ek. Rajin. Biasa ni.
Terdahulu, Didi mengesahkan dua pasangan pelakon yang ditangkap basah itu adalah abang iparnya dan Ruhainies.