Home Trending [VIDEO] Ebby Yus Dedah Pengalaman Dikejar Hanya Untuk Diberi Wang Rawatan oleh Shuk Sahar, Jep Sepahtu & Atu Zero yang Baik Hati

[VIDEO] Ebby Yus Dedah Pengalaman Dikejar Hanya Untuk Diberi Wang Rawatan oleh Shuk Sahar, Jep Sepahtu & Atu Zero yang Baik Hati

0
[VIDEO] Ebby Yus Dedah Pengalaman Dikejar Hanya Untuk Diberi Wang Rawatan oleh Shuk Sahar, Jep Sepahtu & Atu Zero yang Baik Hati

[ad_1]



Pelawak dan pengacara iaitu Shuk Sahar sebelum ini pernah mendedahkan bahawa pelawak Shuib dan Ebby Yus merupakan antara individu yang banyak membantu di saat dirinya berdepan dengan fasa sukar pada tahun 2022.

Terbaharu, tampil mendapatkan komen daripada Ebby Yus mengenai kenyataan tersebut.

Saling bantu-membantu

Menurut pemilik nama Muhammad Yunus Abdul Rashid ini, bantuan yang diberikan kepada Shuk adalah sebagai tanda balasan dan terima kasih atas bantuan yang diberikan di saat dirinya berada dalam kesusahan.

Waktu Shuk berada di atas dahulu, dia banyak bantu saya.

Jadi, bila dia berdepan dengan sedikit ujian dan mengalami kejatuhan ketika itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu walaupun tak banyak.

Tambah Ebby, selain Shuk, antara pelawak yang sering membantunya ketika susah termasuklah Jep Sepahtu, Atu Zero dan ramai lagi.

Selain Shuk, antara pelawak yang banyak bantu saya ialah Jep dan Atu Zero. Bahkan boleh saya katakan semua generasi pelawak dari program Maharaja Lawak satu ketika dahulu selalu bantu saya.

Sebagai contoh, Atu kalau nampak saya di hospital sewaktu hantar ayah mentua dia buat rawatan, dia akan kejar dan berikan sedikit wang untuk saya.

Douglas Lim juga rajin untuk menelefon saya dan selalu kata, ‘Abang Ebby, kalau ada masalah jangan diam, bagitahu saja’.

Ebby berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya terbaharu Qierahman yang diadakan di Akarr Cafe, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, pelawak berusia 58 tahun berpendapat sikap pelawak-pelawak yang sudah dianggap sebagai ‘adik’ itu jelas menunjukkan betapa mereka sentiasa ada untuk satu sama lain.

Budak-budak (generasi pelawak) bawah saya ini selalu sangat bantu saya.

Tak tahulah kenapa tapi kalau saya telefon minta tolong, mereka pasti akan bantu. Tambahan pula, saya bukan sejenis yang, ‘Aku ini orang lama jadi korang kena hormat aku’.

Saya akur bahawa sekarang ini bukan zaman saya dah. Kalau dulu mungkin mereka menumpang saya tetapi sekarang ini saya pula yang menumpang populariti mereka.

Tambah Ebby, dia juga akan berusaha sedaya upaya untuk memberi semangat dan menghulurkan bantuan dan pelawak yang berdepan dengan ujian dan masalah kehidupan.

Kehidupan ini sebenarnya kita saling memerlukan. Tak kira kita ini miskin ataupun kaya, kita tetap memerlukan antara satu sama lain.

Tak semestinya orang kaya akan bantu kita tapi bila sampai masa, orang kaya itu akan mengalami satu kejatuhan dan kita pula bantu dia.

Selain itu, kita perlu selalu ingat siapa yang selalu bantu kita.

The following two tabs change content below.

[ad_2]