[VIDEO] Farid & Diana Hadir Bagi Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama, Bapa Berharap Yang Terbaik

Shopee CNY Sale



Pengarah dan pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam pada kira-kira pada jam 2.20 petang Selasa.

Farid hadir ke mahkamah bersama ayahnya, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Laporan JKP & Nyusuz

Pada hari ini akan melibatkan dua prosiding iaitu laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan juga sebutan nusyuz bagi kali pertama bagi pasangan selebriti itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abdul Hassan menjelaskan bahawa sebelum ini pihaknya pernah memfailkan nusyuz pada 6 April lalu bagi tuntutan yang pertama.

Menurutnya, asas nusyuz tersebut difailkan bukan kerana pihak ketiga.

Asasnya tak boleh balik ke rumah sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan tidak balik ke rumah.

Petang ini juga akan berlangsung prosiding laporan JKP antara Farid dan Diana.

Kedua-dua pihak ada hadir dan mengadakan perbincangan (JKP) tetapi laporan perlu ditunggu.

Jika tidak selesai, mahkamah kena putuskan berlaku shiqaq atau tidak dan seterusnya ke proses hakam.

Dalam pada itu, ketika ditemui Di perkarangan mahkamah, bapa Farid hanya menjawab ringkas tentang prosiding hari ini.

Tiada nak komen apa, cuma saya harapkan yang terbaik.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

MENARIK:  Ben Ali Menggalakkan Fathia Latiff Untuk Menyertai Absolut Bazaar Kerana Alasan yang Bukan Gimik dan Pemasaran - "Saya Memberi Sokongan kepada Semua Artis yang Berniaga"

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

" data-video-id="7238865628151549185" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@official

Penjelasan dari Peguam Fakhrol Azman yang mewakili Farid Kamil # #fyp #news

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale