Panas sejak semalam, apabila pelakon Fathia Latiff bertindak menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan juga suami, Aiman Hakim Ridza.
Muka sama macam bibik?
Menerusi siaran langsung di TikTok, Fathia dilihat sedang membalas komen pengikutnya yang menyatakan tentang kecantikan paras rupa Zahirah. Fathia tidak bersetuju lalu menyamakan wajah Zahirah seperti pembantu rumah.
Awak semua pasti? Dia nampak seperti seorang bibik (pembantu rumah) dan ayah dia pelakon yang tak popular. Dia takkan boleh lawan saya.
Pengikut Aiman campur dia punya pengikut bergabung pun tak boleh nak lawan pengikut saya.
Pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini juga mendakwa Zahirah pernah mendapatkan rawatan kecantikan di Australia.
Dia buat bibirnya di Australia dan janganlah nafikan yang saya lebih cantik jika nak dibandingkan dengan dia.
Dalam masa yang sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana hubungannya dengan Aiman tidak bertahan lama.
Saya bersyukur dia dengan lelaki itu (Aiman), saya pun tak nak dekat dia.
Aiman tak ada duit, apa je dia buat? Korang ingat anak Datuk kaya ke? Dia orang pun pinjam duit dekat orang.
Selain itu, pelakon drama Ariana Rose ini juga mendakwa bahawa namanya telah digugurkan dari menghadiri ke sebuah majlis jenama fesyen antarabangsa baru-baru ini.
Saya tak boleh terima kenyataan. Saya dah bersiap nak pergi majlis Versace, disebabkan dua katak dan kodok nama saya dibuang. Betapa bodohnya perkara itu.
Tak kisah disaman
Terbaru, selepas kenyataan berkenaan mendapat perhatian ramai, Fathia kemudian memuat naik pendiriannya berhubung isu berkenaan di Instagram Story (IG).
Menurut Fathia, dia sama sekali tidak gentar jika pasangan selebriti itu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah dia berpegang kepada hak kebebasan bersuara seperti mana yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya nak tengok sama ada mereka berani untuk saman saya. Tapi mereka takkan buat sebab mereka ‘loser’.
Omg #fyp #trending #foryou
? my girl korean drama OST – rose?