[VIDEO] Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Teruja dengan Pujian Filem Pendek ‘Misi Ainaa’ Setelah Melabur Setengah Juta bersama Beto Kusyairy

Shopee CNY Sale



Hafiz Mahamad

Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sekali mencabar dirinya dan keluar dari kepompong kebiasaan dengan menghadiahkan sebuah naskhah istimewa hasil arahanya sendiri menerusi filem pendek berjudul Misi Ainaa.

Misi Ainaa karya Hafiz

Hafiz Mahamad

Ketika ditemui Hafiz berkata mesej yang ingin disampaikan dalam filem yang menelan belanja RM500,000 itu adalah mengenai liku-liku membangunkan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.

Kalau cerita pasal kos filem pendek ini kosnya mungkin cecah jutaan ringgit kalau saya panggil produksi luar. Tetapi filem pendek ini merupakan hasil kerja saya dan pasukan saya sendiri, jadi kosnya hanya RM500,000.

Semua pelakon adalah pekerja Ainaa Beauty, saya juga bertindak sebagai pelakon, pengarah dah penulis skrip. Manakala, isteri saya juga turut berlakon.

Apa yang saya bersyukur, kos tersebut dapat dipindahnkan ke dalam ‘internal management’. Makna kata, pekerja saya sudah ada gaji bulanan dan bila ada projek-projek khas sebegini, mereka akan dapat amaun tambahan.

Filem ini juga menceritakan naik turun kami membangunkan Ainaa Beauty selama tujuh tahun bersama pekerja-pekerja kami yang banyak membantu di saat susah dan senang. Ini juga akan menjadi sebuah memori dan kenangan untuk kami semua.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem pendek Misi Ainaa yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.

Selain Hafiz dan Aina, filem berdurasi 23 minit itu turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Elfira Loy serta seorang aktor Indonesia, Yayan Ruhiyan.

Beto puji

Hafiz Mahamad

Bercakap tentang pemilihan pelakon, Hafiz berkata dia pada mulanya hanya bergurau dengan pekerjanya dan tidak menyangka angan-angan tersebut menjadi kenyataan.

Malah, Hafiz dan Aina berbangga apabila naskhah yang turut menampilkan bapa pempengaruh itu mendapat pujian daripada Beto.

Pada mulanya saya menyebut nama-nama Beto, Azhan, Yayan hanya berangan sahaja. Tetapi tidak sangka pasukan saya merealisasikan angan-angan itu dan jadi kenyataan. Mereka usaha dan hubungi terus dengan pelakon itu.

Saya memuji barisan pelakon iti kerana mereka buat bukan cintakan duit, tetapi kerana cinta akan karya. Ketika saya jumpa Beto dan bentangkan berkenaan filem ini dan dia sangat teruja.

Ada satu momen di lokasi penggambaran. Ketika itu isteri saya tidak sengaja terdengar perbualan Beto dan Azhan. Azhan tanya Beto “macam mana cerita ini?”. Kemudian Beto jawab “out of the box”. Aina dengar dan terus beritahu saya, kami memang gembira bila dengar.

Alhamdulillah, filem ini bukan filem syok sendiri. Tetapi dirasai dan dihargai oleh orang-orang seni yang hebat.

Misi Ainaa telah dimuat naik di platform media sosial sejak 22 Februari lalu dan sehingga artikel ini ditulis video tersebut sudah meraih 1.9 juta tontonan di Instagram.

MENARIK:  Riang Raya Dengan Lazada: Harga Murah, Pemulangan 30 Hari & Lebih Banyak Manfaat!

Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik membabitkan pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina yang mana pihak pengganas mahu mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.

Komander Hafiz yang dilakonkan oleh Hafiz Mahamad mendapat arahan daripada Jeneral Abah (bala Hafiz) untuk menyertai misi menyelamatkan Aina serta pasukan lain.

Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale