Video: Hak Masing-masing, Beto Kusyairy Memilih untuk Lebih ‘High Class’

Shopee CNY Sale



Baru-baru ini, pelakon serba boleh, Beto Kusyairy berang apabila terdapat seorang pengguna media sosial bertindak meninggalkan komen yang bersifat keterlaluan kepadanya.

Berikutan daripada itu, Beto tampil mengulas dan memberi respons mengenai isu tersebut.

Saya patut lebih ‘high class

Menerusi temu bual bersama , Beto berkata, dia akan lebih berhati-hati jika meninggalkan sebarang komen tentang sesuatu isu di media sosial selepas ini.

Beto atau nama sebenarnya, Nur Kusyairy Zakuan Osman, turut memberitahu, insiden itu membuatkan dirinya sedar setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing.

Kejadian itu membuatkan saya belajar yang sepatutnya saya tidak perlu ambil kisah. Saya patut lebih high class dan tak perlu ke tahap itu sebab masing-masing ada hak apatah lagi semuanya di hujung jari.

Saya dah move on daripada kejadian itu. Biarlah dia dengan caranya.

Beto yang ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024, semalam turut menjelaskan mengenai situasi sebenar yang berlaku. Ujar Beto, komen ditinggalkan merujuk kepada rasa simpati terhadap mangsa namun disalah ertikan individu tersebut.

MENARIK:  Ross Ariffin Dia Masuk Ke Hospital?

Tambah Beto, ketika berbalas komen, dia bukan berada dalam keadaan marah sebaliknya hanya ingin melihat keberanian individu tersebut datang bersemuka dengannya.

Komen saya itu bukannya marah cuma ajak berjumpa biar dia cakap depan muka saya. Adakah dia ada keberanian nak cakap sebab dia tak tahu perasaan sebenar di sebalik komen saya.

Komen saya tinggalkan merujuk kepada mangsa bukan mengenai sistem perundangan atau reman sebab itu bukan tanggungjawab saya. Saya cuma simpati dengan apa yang berlaku kepada mangsa, itu sahaja.

Terdahulu, Beto dicop sebagai bebal oleh seorang individu yang berang dengan komen ditinggalkan pelakon berkenaan dalam sebuah hantaran di Instagram berhubung insiden kemalangan membabitkan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale