[ad_1]
Di TikTok, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan pandangannya berhubung muzik video (MV) ‘Love Raya’ Datuk Seri Aliff Syukri.
Boikot produk
Menurut Dr Akmal, dia berasa kecewa melihat perkara yang sama berulang lagi. Ujar Dr Akmal, usahawan sensasi itu didakwa tidak mempunyai perasaan sensitiviti terhadap masyarakat di negara ini.
Saya mohon pihak kerajaan menyekat video ini dan tindakan undang-undang perlu diambil, yang mana kes pada tahun 2022 pun masih lagi berjalan untuk isu yang sama.
Saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengajar erti sebuah penyesalan pada Datuk Aliff ini dengan cara kita memboikot semua produk yang dijual oleh beliau.
Cukup-cukuplah dengan drama minta maaf dan air mata yang diulang setiap tahun.
Kamu nak lihat kemarahan rakyat Malaysia kan? Sila tunggu produk kamu akan diboikot.
Tambah Dr Akmal, konten yang dilakukan itu bukan di luar kotak sebaliknya, tiada otak.
Video
@drakmalsaleh Kalau KKmart kita boleh boikot,apa lagi produk dia ni Setiap tahun ulang perkara yang sama,langsung xda perasaan sensitiviti pada rakyat di negara ini Saya mohon pihak kerajaan untuk menyekat video ini dan tindakan undang2 perlu diambil,yang mana kes pada tahun 2022 pon masih lagi berjalan untuk mamat ni mengenai isu yang sama Saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengajar erti sebuah penyesalan pada dato aliff ini dengan kita boikot semua produk yang dijual oleh beliau Cukup cukuplah dengan drama minta maaf dan air mata yang diulang setiap tahun Kamu nak lihat kemarahan rakyat Malaysia kan?sila tunggu produk kamu akan diboikot Ini bukan content luar kotak,ini adalah content tiada otak!! Dr akmal saleh
? original sound – Drakmalsaleh – Drakmalsaleh
[ad_2]