Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ yang ditayangkan di TV3 kini berbaki beberapa episod sahaja sebelum melabuhkan tirai.
Tak dinafikan, setiap episod drama ini menyajikan pelbagai mesej tersirat dan tersurat malah ianya turut mengundang pelbagai emosi daripada para penonton.
Reaksi penonton Aku Bukan Ustazah
Semakin hampir dengan episod akhir, penonton drama Aku Bukan Ustazah sememangnya terkejut dengan adegan-adegan diluar jangkaan malah satu demi satu perbuatan Dr.Omar lakonan Zahiril Adzim mula terbongkar.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan adalah reaksi daripada para penonton apabila perbuatan Omar memukul Aminah (Erysha Emyra) akhirnya diketahui oleh abang Aminah yang merangkap kawan baik Omar.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan seorang warga emas, Mak Siti yang berkerusi roda dilihat turut beremosi saat menonton episod 20 drama Aku Bukan Ustazah yang ditayangkan pada Khamis.
Saat Aminah dipukul di luar rumah, Mak Siti dilihat menumbuk tangannya sendiri berulang kali tanda geram dengan karakter Omar yang ‘kaki pukul’. Malah, Mak Siti seakan menyorak gembira apabila perbuatan Omar itu terbongkar di hadapan keluarga Aminah.
Menjengah ke ruangan komen, Zahiral Adzim sempat meninggalkan respon meminta maaf kepada Mak Siti.
Saya minta maaf Mak Siti.
Macam mak aku, tengok tv tapi mulut bising.
Kuat betul pengaruh Aku Bukan Ustazah ni.
Sampai bergerak lah kerusi tu nak menggusti si Omar.
Sabar mak cik, nanti kita cari si budak Omar tu dekat shopping mall.
Sabar mak cik, semangat!