[ad_1]
Di TikTok, pelakon Puteri Balqis memberitahu dia merima pelbagai hinaan hanya kerana kerap bertutur dalam bahasa Inggeris.
Dapat komen negatif
Menerusi rakaman video berdurasi 9:39 saat itu, Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi berkata, dia tidak teragak-agak untuk terus menyekat akaun mana-mana individu yang menghinanya di media sosial.
Sebagai contoh apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan orang mengejek, saya akan terus sekat. Saya dapat komen seperti ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ ataupun budak kampung yang tidak perlu acah cakap Inggeris. Belajar bahasa lain juga penting sebagai ilmu pengetahuan.
Orang putih pun pandai cakap Melayu kerana mereka mahu belajar bahasa kita. Jadi, apa salahnya kita belajar bahasa lain? Tak semestinya belajar bahasa kedua kita lebih agungkan negara mereka.
Tambah pelakon ‘Rampas Cintaku’ ini, dia terpaksa memadam ratusan komen setiap hari kerana enggan media sosialnya dicemari perkara negatif.
Ujar gadis berusia 16 tahun itu lagi, media sosial adalah ruangan yang cukup peribadi buatnya dan dia berasa tidak senang sekiranya ada aura yang kurang baik di situ.
Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen terutama sekali yang menghina pendidikan saya. Disebabkan itu tidak nampak sebarang komen negatif dalam media sosial saya kerana saya padam atau sekat.
Saya anggap laman sosial saya kampung dan diari. Di situ memang tempat selamat bagi saya, jadi tidak mungkin saya akan biarkan mereka berkampung dalam laman sosial saya.
[ad_2]