[ad_1]
Suara lunak pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mencuri perhatian serta dipuji warganet di media sosial.
Jangan baca masa sedih saja
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), PU Riz, 29, membaca potongan Surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 beserta maksudnya.
Menurut suami kepada selebriti tersohor, Neelofa, bacaan itu sebagai peringatan buat semua yang mana ketika membaca al-Quran perlu juga mengetahui maksud ayat itu.
Membaca al-Quran satu cara yang boleh menenangkan jiwa. Apabila membacanya, ia boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.
Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.
Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa satu cara untuk memahami al-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.
Ada juga bertanya, bagaimana kalau hanya membaca tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala?
Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca.
Bagi manfaat
Mengenai komen yang memuji kelunakan suaranya, bapa kepada dua cahaya mata menyifatkan itu adalah anugerah Allah selain turut belajar dari segi alunan bacaan al-Quran.
Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.
Diharapkan perkongsian ringkas sebegini membuka satu lagi lembaran baharu yang positif dalam diri kita semua di tahun baharu ini.
Sementara itu, menerusi hantaran lain PU Riz turut berkongsi bacaan daripada Surah an-Nasr ayat 1 hingga 3.
[ad_2]